Thursday, October 6, 2011

IMAN DAN TAQWA

                                                            IMAN DAN TAQWA 


Keluarga Muhammad Iman berpindah ke kawasan perumahan baru yang lebih selesa setelah lebih sepuluh tahun menetap di rumah flat. Rumah teres dua tingkat ini dibeli hasil daripada duit  simpanan kedua ibu bapanya.
Rumah teres dua tingkat itu tidak jauh jaraknya antara satu rumah dengan rumah yang lain. Jiran yang paling dekat dengan rumah Iman adalah milik seorang ahli perniagaan yang berjaya iaitu ibu bapa kepada Nur Taqwa. Kehidupan mereka sekeluarga amat berbeza dengan cara hidup keluaraga Iman. Nur Taqwa yang digelar Wawa amat liar dan hidup dalam penuh kemewahan. Dia merupakan anak tunggal yang sering dimanjai dan dituruti segala kemahuannya. Berbeza dengan kehidupan Iman yang serba sederhana dan penuh dengan batas-batas agama. Perbezaan cara hidup ini membuatkan Iman agak terganggu kerana Wawa sering datang ke rumah mereka. Memandangkan hubungan antara dua keluarga ini sangat rapat, Iman berusaha untuk mencari jalan untuk membimbing dan mengubah cara hidup Wawa sekeluarga.
Mummy Wawa yang gayanya ala-ala wanita barat amat baik hati dan berteman rapat dengan umi yang bertudung labuh. Hubungan itu juga sama antara Walit dan daddy. Perbezaan cara hidup ini tidak menghalang mereka saling menghormati. Namun sikap dingin Iman terhadap Wawa menyebabkan Wawa amat anti dengan Iman yang dianggap “Poyo”.
Oleh itu perbagai masalah dan ujian yang menimpa Iman dan keluarganya dalam usaha membentuk dan mengajak jiran mereka untuk kembali ke jalan Allah. Misi Iman sekeluarga sering mendapat ujian yang hebat dari Allah.
Hinggakan Iman terjatuh hati pada Wawa yang selalu membuatnya gelisah dan kurang selesa. Oleh kerana rasa cinta dan sayang yang terlalu dalam, Iman berusaha bersungguh-sungguh agar Wawa kembali ke jalan yang benar dan menjadi suri hatinya yang solehah. Segala kekurangan dan kesilapan yang pernah dilakukan Wawa diterima dengan hati yang ikhlas. Sikap jujur Wawa membuatkan Iman mengubah pandangan terhadap gadis itu. Lantas menerimanya sebagai teman hidup yang teristimewa.
Sikap ikhlas yang dipamerkan Iman yang sudi menerima Wawa yang penuh dengan kisah hitam itu, mengajak Mummy dan Daddy menilai kembali kesucian agama yang telah lama mereka abaikan. Lalu mereka berganjak kepada jalan yang lebih lurus.
Lama kelamaan, kehadiaran keluarga Iman dirasakan seakan-akan NUR yang di turunkan oleh Allah kepada keluarga mereka, dan mereka sekeluarga perlahan-lahan berubah dengan berkat kesabaran yang ditunjukkan oleh Iman dan keluargaanya.
Sebagai mengeratkan lagi hubungan kedua keluarga , Muhammad Iman dan Nur Taqwa disatukan dan mereka hidup dengan penuh kebahagiaan.




MUHAMMAD IMAN
            Seorang graduan Universiti Islam cawangan luar negara, yang baru sahaja tamat pengajiannya. Iman berumur 25 tahun. Dia merupakan seorang tegas dan pendiam. Kehidupan hariannya dihabiskan dengan menghafaz Al-Quran dan melakukan kerja-kerja amal di rumah anak-anak yatim yang diuruskan oleh Uminya. Dia juga merupakan seorang ustaz muda yang mengajar di situ. Iman seorang yang memilih kawan, seorang yang takut untuk mendekati perempuan dan tak pernah bercinta atau jatuh hati pada mana-mana perempuan. Dia seorang yang berwawasan tinggi dan amat menghormati orang tua.

NUR TAQWA
Seorang anak gadis berumur 18 tahun yang liar dan dan hidup penuh noda. Dia menuntut di sebuah kolej dalam bidang fesyen. Nur Taqwa digelar Wawa oleh keluarga dan tema rapatnya. Wawa merupakan anak kepada jiran baru Iman. Wawa hidup bebas tanpa kawalan kedua orang tuanya. Dia dibiarkan berkawan dan bergaul sesuka hati. Dia seorang yang terlalu open minded. Tiada langsung adat ketimuran dan sering menegakkan prinsipnya yang bercanggah dengan agama.

WALIT
             Bapa kepada Iman, berumur 50 an yang sangat tenang dan penyabar. Peramah dan baik hati. Dia juga merupakan seorang perniaga kedai barangan haji dan membuka sebuah rumah anak yatim di pinggir bandar. Dia seorang yang kuat berjenaka dan gemar memberikan nasihat secara terbuka.

UMI
            Ibu kepada Iman, berumur lewat 40 an. Umi seorang yang gemar tersenyum dan suka berkawan. Umi tidak memilih kawan dan amat mesra dengan siapa juga. Umi seorang isteri solehah yang amat mementingkan kebajikan suaminya. Dia menguruskan rumah anak-anak yatim yang dibantu oleh beberapa orang pekerja lain. Umi juga seorang yang selalu bersangka baik dan terlalu lemah lembut.

MUMMY

            Mummy seorang yang jelita dan seksi gayanya persis orang barat. Dia gemar bershopping dan menghabiskan masa terluangnya dengan melancong dan berjalan-jalan. Dia ramah dan murah hati. Gemar bertandang ke rumha-rumha jiran dan bercerita tentang anak gadisnya. Dia juga seorang yang cepat tersentuh dan kuat berbahas.

DADDY

            Seorang ahli perniagaan yang berjaya. Berumur 50 an. Suka bercakap besar dan menunjuk-nunjuk. Seorang yang sporting dan gila duit. Tak pernah puas dengan apa yang dimiliki dan selalu mengeluh tentang musibah yang menimpa.


1 comments:

TKP PUBLICATION on October 7, 2011 at 12:57 AM said...
This comment has been removed by the author.

Post a Comment

 


ShoutMix chat widget

Tinta Kasih Publication Copyright © 2009 Community is Designed by Smart TemplateSmart DesignerSmart Tutorial