Thursday, October 6, 2011

Kenali Penulis


Photobucket
Nama : Ami Amilia
 AsalL : Alor Setar, Kedah
Memulakan kerjaya sebagai penulis novel bermula tahun 2005 sebagai Jamilah Ahmad sebelum menukar  nama kepada Ami Amilia. Novel pertama Ami Amilia bertajuk kau tetap dihatiku.  Antara novel terlaris Ami Amilia adalah Halaman Rindu dan Cinta Berinti Kasih

Novel :  Kau tetap dihatiku, gelombang rindu,halaman rindu dan cinta berinti kasih


Photobucket

Saya Normayani bt Ismail, di lahirkan pada tanggal 11-1-1987 di Alor Setar Kedah. Kini berumur 24 tahun. Saya memegang prinsip, hidupku sekolahku, yang mana banyak mengajar saya untuk menghargai hidup sekarang setelah melalui pahitnya hidup dahulu.
Saya suka menghabiskan masa yang terluang dengan menulis dan berkenalan dengan kawan yang baru. Berkenalan dengan seseorang dapat menambahkan ilham penulisan dan dapat menyelami hati dan jiwa sesuatu watak yang mungkin akan di wujudkan dalam penulisan saya nanti. Selain itu saya gemar menulis sajak. Meluahkan segala isi hati dalam bahasa yang terindah untuk tatapan teman-teman dan ahli keluarga. Walaupun, apa yang saya coretkan itu sebuah kedukaan, namun ia masih lagi mampu menjadi sebuah karya yang lunak untuk menghiburkan pembaca.
Saya tidak suka menghabiskan masa dengan berjalan-jalan tanpa tujuan. Saya juga tidak suka mendiamkan diri pada sesuatu keadaan. Saya seorang yang suka terperuk di bilik tetapi bukanlah seorang yang pendiam dan anti sosial. Saya gemar berbual, bersembang dan berbicara tentang apa jua kerana segala perbualan boleh ditimba sebagai ilmu untuk membantu saya berkarya.
      Saya, insan kerdil yang sedang merangkak ini meletakkan harapan yang melangit agar karya yang dihasilkan dapat memberikan ilmu dan pedoman yang berguna kepada pembaca. Ambillah yang putih dan buanglah yang hitam dari cerita yang disampaikan.
      Insyallah, di masa akan datang saya akan mempertingkatkan usaha agar mempu menjadi penulis serba boleh yang bukan sahaja menukilkan novel-novel untuk tatapan pembaca. Malah lebih dari itu. Saya mahu menjadi penulis magika yang mampu menghasilkan segala bentuk penulisan melalui tarian jari yang serba kekurangan ini. Doakan saya.

2 comments:

Rizal on October 7, 2011 at 1:37 AM said...

Nak tanya, mana preview novel ni?

TKP PUBLICATION on October 7, 2011 at 3:00 AM said...

Preview tak masuk lagi, dalam proses tuan

Post a Comment

 


ShoutMix chat widget

Tinta Kasih Publication Copyright © 2009 Community is Designed by Smart TemplateSmart DesignerSmart Tutorial