Nama : Ami Amilia
AsalL : Alor Setar, Kedah
Memulakan kerjaya sebagai penulis novel bermula tahun 2005 sebagai Jamilah Ahmad sebelum menukar nama kepada Ami Amilia. Novel pertama Ami Amilia bertajuk kau tetap dihatiku. Antara novel terlaris Ami Amilia adalah Halaman Rindu dan Cinta Berinti Kasih
Novel : Kau tetap dihatiku, gelombang rindu,halaman rindu dan cinta berinti kasih
Saya Normayani
bt Ismail, di lahirkan pada tanggal 11-1-1987 di Alor Setar Kedah. Kini berumur
24 tahun. Saya memegang prinsip, hidupku sekolahku, yang mana banyak mengajar
saya untuk menghargai hidup sekarang setelah melalui pahitnya hidup dahulu.
Saya suka
menghabiskan masa yang terluang dengan menulis dan berkenalan dengan kawan yang
baru. Berkenalan dengan seseorang dapat menambahkan ilham penulisan dan dapat
menyelami hati dan jiwa sesuatu watak yang mungkin akan di wujudkan dalam
penulisan saya nanti. Selain itu saya gemar menulis sajak. Meluahkan segala isi
hati dalam bahasa yang terindah untuk tatapan teman-teman dan ahli keluarga.
Walaupun, apa yang saya coretkan itu sebuah kedukaan, namun ia masih lagi mampu
menjadi sebuah karya yang lunak untuk menghiburkan pembaca.
Saya tidak suka
menghabiskan masa dengan berjalan-jalan tanpa tujuan. Saya juga tidak suka
mendiamkan diri pada sesuatu keadaan. Saya seorang yang suka terperuk di bilik
tetapi bukanlah seorang yang pendiam dan anti sosial. Saya gemar berbual,
bersembang dan berbicara tentang apa jua kerana segala perbualan boleh ditimba
sebagai ilmu untuk membantu saya berkarya.
Saya,
insan kerdil yang sedang merangkak ini meletakkan harapan yang melangit agar
karya yang dihasilkan dapat memberikan ilmu dan pedoman yang berguna kepada
pembaca. Ambillah yang putih dan buanglah yang hitam dari cerita yang disampaikan.
Insyallah,
di masa akan datang saya akan mempertingkatkan usaha agar mempu menjadi penulis
serba boleh yang bukan sahaja menukilkan novel-novel untuk tatapan pembaca.
Malah lebih dari itu. Saya mahu menjadi penulis magika yang mampu menghasilkan
segala bentuk penulisan melalui tarian jari yang serba kekurangan ini. Doakan
saya.
2 comments:
Nak tanya, mana preview novel ni?
Preview tak masuk lagi, dalam proses tuan
Post a Comment